Rabu, 28 Mei 2014

MR.BEAN



 
Mr. Bean ialah siri komedi televisyen british yang dilakoni oleh Rowan Atkinson. Siri yang mempunyai 14 buah episod ini ditulis oleh Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis dan Ben Elton. Episod pertama siri ini ditayangkan pada 1 Januari, 1990, dengan episod terakhirnya, "Goodnight, Mr. Bean", ditayangkan pada 31 Oktober, 1995.
Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.
Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar